Petikan dari majalah Anjung Seri.
Melengkapi Ruang Dapur.
Beli Siap atau Pasang Siap?
Pengarang:
Onlia Mohd Dom.
Sama ada ruang dapur yang telah diubahsuai.atau ruang dapur baru, hanya dua pilihan untuk melengkapinya iaitu mengunakan perabot yang dibeli siap atau membina kabinet siap dipasang.Apa pun yang diputuskan,kedua-duanya memerlukan perancangan dan pemilihan tepat. Karenah untuk membuat pemilihan sama, tetapi masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.
Membeli kabinet siap memerlukan anda meninjau dari kedai ke kedai untuk memilih yang mana berkenan.Ia mudah diletak dan di alih mengikut kehendak hati dan kesesuaian ruang.
Sebaliknya jika memilih perabot siap di pasang,anda perlu lebih berhati-hati kerana ia membabitkan pemasangan kabinet secara kekal dan mengunakan khidmat tukang atau kontraktor.
Jika ingin guna kabinet siap dipasang,sebaiknya buat pemilihan sebelum membeli peralatan dapur.Ini kerana sesetengah pengeluar kabinet dapur siap dipasang turut menawarkan peralatan dapur yang sesuai dengan reka bentuk sesuatu kabinet.
Baik kabinet yang dibeli siap mahupun jenis siap dipasang ,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Kabinet yang dibeli siap mudah dialih tetapi ia mengumpul habuk di bahagian bawah dan belakang.Di situ juga lipas suka bersarang dan tempat tikus lalu lalang.
Kabinet siap dipasang diletak rapat ke dinding dan lantai serta digamkan kemas agar tidak meninggalkan sebarang jarak atau lubang di antara cabinet dengan lantai dan dinding.
Oleh kerana kabinet siap dipasang berkeadaan kekal, ini bermakna anda perlu menentukan tempat paling sesuai untuknya kerana kedudukannya tidak boleh diubah selepas dipasang.
MERANCANG BINAAN KABINET SIAP DIPASANG.
Pemilihan reka bentuk kabinet perlu disesuaikan dengan keluasan dan gaya ruang dapur.
Anda disaran agar rajin meninjau contoh kabinet di ruang pameran.Tujuannya supaya dapat memilih reka bentuk yang bukan sahaja menarik,tetapi berkelebihan dari segi fungsi termasuk dilengkapi ruang penyimpanan mencukupi dan praktikal,mengunakan bahan bermutu serta harga berpatutan.
Rahasia ruang dapur tidak Nampak bosan ialah mengelak daripada mengunakan kabinet seragam.Ini boleh diatasi dengan mempelbagaikan bentuk ruang penyimpanan umpamanya mengandingkan jenis berpintu dan berlaci atau menambah kepingan kaca berwarna di beberapa bahagian pintu kabinet.
Jika membeli kabinet siap dipasang bersekali peralatan dapur, anda tidak akan menghadapi masalah untuk menyimpannya kerana peralatan itu tentunya telah ditetapkan kedudukannya.
Bagaimanapun, bagi yang membeli awal perkakas dapur seperti peti sejuk,ketuhar gelombang mikro dan dapur masak,pembinaan kabinet siap dipasang perlu mengambil kira keluasan serta ketinggian peralatan berkenaan.
Lazimnya, kabinet siap dipasang dibina rapat ke dinding bagi mewujudkan kawasan lapang ditengah ruang dapur boleh diletak meja makan ayau unit berpulau.
Sesetengah kabinet siap dipasang dibina bersekali ruang mempamerkan perhiasan,meja sarapan dan bangku panjang.
MERANCANG KEDUDUKAN KABINET BELI SIAP.
Jika sayang membuang kabinet beli siap yang lama kerana masih dalam keadaan baik, anda disarankan supaya mengekalkannya.Pengunaan kabinet ini boleh mewujudkan gaya tidak rasmi atau menghidupkan semula gaya kedesaan di ruang dapur.
Menariknya anda juga boleh menempatkan apa saja kabinet atau rak yang difikirkan sesuai di ruang dapur tanpa halangan, contohnya kabinet buffet & butch, rak buku, tempat gantung periuk atau kuali dan sebagainya.Bagaimanapun kedudukan kabinet perlu disusun rapat ke dinding supaya tidak menghalang kelancaran pergerakkan untuk mengelak suasana ruang dapur nampak sesak.
Gaya ruang dapur tidak rasmi juga membenarkan anda membeli perkakas atau peralatan dapur pelbagai warna dan bentuk.Selain itu pastikan kedudukan kabinet tidak terlalu jauh antara satu sama lain supaya mudah mencari atau mencapai barangan di atasn
Intisari rencana diatas:
Setiap pilihan dalam perkara pemilihan perabot samada beli siap atau siap dipasang memberikan penguna kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Ringkasnya:
jika kita membeli perabot siap kita akan mendapat:
Kelebihan:
- Mengunakan sertamerta selepas membeli.
- Boleh menyusun mengikut kesukaan kita dan ruang yang kita ada.
- Tidak perlu bimbang tentang peralatan dapur yang sudah atau belum dibeli.
- Mengelakan rasa bosan dengan memasukkan apa juga warna dan bentuk.
Kekurangan:
- Bahagian bawah dan belakang kabinet akan mengumpul habuk dan menjadi sarang untuk lipas dan tikus.
jika kita memilih kabinet siap dipasang kita akan mendapat:
Kelebihan:
- Suasana atau konsep yang anda mahukan.
- Tempat simpanan dan kerja telah ditentukan membuatkan dapur lebih berfungsi.
- Boleh mengadakan komponen lain untuk dapur seperti meja sarapan boleh lipat dan sebagainya.
- Pemasangan kabinet yang kemas lekat ke dinding atau lantai tidak memberi ruang untuk habuk berkumpul dan lipas serta tikus untuk bersarang.
Kekurangan:
- Perlukan perancangan yang rapi untuk rekabentuk dan fungsi.
- Perlu mengunakan khidmat kontraktor atau tukang.
- Masa penyiapan di kilang dan pemasangan dirumah yang agak panjang . (antara 3 hingga 6 minggu untuk keseluruhan proses)
- Kos keseluruhan yang lebih tinggi berbanding kabinet beli siap.
Rekabentuk:
- Produk direka bentuk mengikut konsep asas sistem penstoran iaitu Kiub.
- Ini membolehkan kabinet dipasang mengikut susunatur atau konsep yang dipilih.
- Mewujudkan kawasan operasi tertentu mengikut kesesuaian tempat dan ruang yang dipilih sendiri.
- Penampilah kabinet ditentukan sendiri oleh penguna.
Bahan:
- Mengunakan bahan bermutu untuk menjamin kuliti dan ketahanan.
- Ringan berbanding bahan lain yang digunakan seperti chipboard untuk memudahkan pemasangan
- Penyantuman produk dilakukan dikilang untuk mengelakan kerosakan pada masa pemasangan dan pengunaan method yang tidak sesuai.
Kemasan.
- Produk ini telah siap melalui proses kemasan.(Hitam dan Putih)
- Untuk mengubah penampilan pengunaan pelekat (sticker)perabot sebagai bahan kemasan adalah sangat praktikal kerana mudah dipasang dan dapat memberi hasil yang profesional.
- Terdapat bidang pilihan yang luas dalam bahan kemasan ini.
Pemasangan:
- Menepati konsep pilihan sepenuhnya kepada penguna.Pemasangan boleh dilakukan oleh penguna dengan mudah dan tepat (panduan pemasangan akan diberikan)
- Pembukaan semula samada untuk tujuan mengubah kedudukan atau memindahkan kekawasan yang lain hanya akan menyebabkan kerosakan yang amat minimum kepada unit-unit kabinet.
Ukuran dan Harga.
- Wall Cabinet:
- Ukuran tinggi adalah 24 inci dan kedalaman 14inci.(lebih 2 inci dari ukuran standard yang biasa.).Kelebaran atau buka kabinet yang ditawarkan ialah:
- 12 inci Rm 137.00
- 24 inci. Rm 180.00
- 30 inci Rm 198.00
- Horizontal 12 inci x 24 inci Rm 133.00
- Coner unit. 24 inci x 24 inci. Rm 232.00
- Base Unit:
- Ukuran tinggi adalah 28 inci dan kedalaman adalah 22".Kelebaran atau buka kabinet yang ditawarkan ialah:
- 12 inci Rm 183.00
- 24 inci Rm 234.00
- 36 inci Rm 285.00
- Coner unit. 44 inci Rm 320.00
- Base Unit Berlaci.
- Ukuran tinggi adalah 28 inci dan kedalaman adalah 22".Kelebaran atau buka kabinet yang ditawarkan ialah
- 12 inci Rm 312.00
- 24 inci Rm 352.00
Harga yang dipaparkan tidak meliputi working top,penghantaran dan pemasangan .
No comments:
Post a Comment