Wednesday, January 1, 2014

PANDUAN MEREKABENTUK KABINET DAPUR.

Langkah-langkah untuk mereka bentuk dapur anda:

1.Ambil ukuran panjang dan lebar bilik dapur anda.
     Pada kebiasaanya dapur rumah kos rendah dan sederhana ialah 10 kaki x 10 kaki atau 8 kaki x 8 kaki
Plan dapur tipikal .

2.Menentukan pola asas bentuk susunan kabinet,samada berbentul L atau U atau barisan.

plan lantai  kabinet berbentuk L
Plan lantai kabinet berbentuk U
Plan lantai kabinet berbentuk barisan

3.Seterusnya tentukan kedudukan Dapur dan Sinki.

   Untuk Dapur Bentuk L


Susunatur seperti di atas adalah yang paling biasa dibuat dan ini merupakan kedudukan sinki,dapur dan peti sejuk yang paling praktikal.

Kedudukan sinki berhampiran tingkap adalah paling mudah kerana disitulah biasanya outlet paip disediakan.Anda bebas meletakan di mana sahaja kedudukan sinki atau dapur tetapi meletakkan sinki selain tempat disyorkan akan menambah kerja dan belanja untuk anda.
Rajah ini menunjukan bentuk dapur yang akan kita dapat bila kita memasuki rumah baru.Ukuran yang biasa didapati (kasar) 10 kaki panjang dan 10 kaki lebar.(sesetengah rumah 10' x 8'). Dengan demikian kita kena lebih berhati-hati dengan perancangan kerana perlu memaksimakan pengunaan ruang.

Setelah kita menentukan bentuk asas kabinet (sama ada bentuk satu baris,berbaris,bentuk L atau bentuk U) kita perlu:
1.Menentukan kedudukan sinki,hob dan peti sejuk.
-Praktikalnya dalam kes ini kita cadangkan peti sejuk diletakkan sebaris dengan hob( dapur memasak).

2.Peruntukan ruang untuk ketiga-tiga item ialah :
-Hob:     36 inchi.
-Sinki:   36 inchi.
-Peti sejuk:  24 inchi.

3.Bina garispandu untuk menentukan kedudukan working top, kedudukan bawah dan atas Wall unit.

4.Tentukan pola bentuk untuk wall unit. 

Rujuk rajah yang lampirkan:



Jika langkah di atas telah di selesaikan.Base unit yang yang dipilih akan kelihatan seperti rajah di bawah ini.

No comments:

Post a Comment